Thursday 16 July 2020

YOU (episode 5, Aiminn's story)

Usai kami berempat makan tengah hari, aku pulang ke rumah bersama dengan Shae.

Aku kembali teringat akan kata-kata Hakim,

"Aiminn dengar sini, aku bagi buku nota tu sebabnya aku tak jumpa satu sebab pun why should I kept this. Aku bagi sebab aku sendiri dah angkat kaki dari segala kenangan kita bersama. Kau yang masih tak berubah. Kau masih simpan harapan agar kita dapat bersama. Right now, kita bukan macam 5 tahun lepas. Bear it in your mind."

"And one more thing, from now on let's be a professional. Aku masih anggap kau kawan baik aku. Yelah, lepas nieh mungkin kita akan kerap bertemu memandangkan event Haazif dan Shae. So, aku harap kau faham yang aku takde langsung terfikir nak kembali semula pada kau. Aku doakan you will find a new guy yang akan bahagiakan kau the way he is."

Dengan langkah yang lemah, aku masuk ke dalam rumah sambil diperhatikan Shae. Shae sempat memberikan aku nasihat supaya aku ambil masa untuk bertenang. Dia sendiri terkejut dengan perubahan Hakim. Haazif juga terkejut. 

---

"Mama, saya dah pulang." aku memberitahu mama yang kebetulan sedang menonton rancangan K-drama di kaca televisyen.

"Ohh, anak mama sudah pulang! How's your day? Bahagia tak dapat jumpa Hakim?" mama bertanya 

Aku memandang ke arah mama. Entah mengapa hati aku terasa berat. Aku segera berlari ke arahnya dah memeluk dia erat-erat.


Aku tidak mampu menahan air mata ini. Aku menangis semahu-mahunya. Mama? Dia terkejut dengan tingkah laku dan dia terus membalas pelukan aku.

Sambil memujuk aku, dia lantas mengusap lembut kepala aku.

"It's okay darling. It's okay if you're not okay. Menangis lah semahu-mahunya. Jika dengan air mata ini dapat menenangkan dirimu, kamu teruskan sahaja" pujuk mama

"I'm so stupid enough ma. He doesn't love me. I'm looking at his eyes and his eyes are so cold. I'm the one still hope that he will give me the second chances. Apa patut saya buat ma?" aku bertanya pada mama.

"Perkara terbaik yang patut kamu lakukan sekarang, kamu perlu bertenang dan perlahan-lahan kamu terima keputusan Hakim. Proses untuk kamu move on itu memang sakit pada mulanya. Namun, kamu harus ingat, kita tidak boleh memaksa seseorang untuk jatuh cinta pada kita. Mama tahu, kisah cinta kamu dengan Hakim macam mana. Mama pun akui mama suka dan berkenan dengan dia, ayah pun bersependapat dengan mama tapi inilah realiti kisah cinta kalian. There's no happy ending, okay. It's not like K-drama yang selalu mama tengok tu." mama cuba bergurau

Jenaka mama sedikit sebanyak berjaya membuat aku tersenyum. Ayah benar-benar beruntung ada mama dalam hidup dia!

"And one more thing, even tho kamu berdua not in a special relationship, both of you still best friends. So, it's not the end of the world. You should pray for his happiness, joyful and everlasting love from everyone. Doa yang baik-baik dan kita juga akan dapat perkara yang baik-baik." mama menasihati aku

Benar kata mama. Aku harus belajar menerima kenyataan ini. Tentu Hakim juga pernah merasai kesakitan yang sama. Usai sesi luahan hati dan perasaan, aku meminta izin mama untuk naik ke bilik bagi menenangkan diri ini.

Sebelum aku bergegas ke bilik, aku sempat berkata pada mama,

"Thanks mama. You're the best thing I ever had!"

---

Ayuh aku ceritakan kisah Aiminn dari awal. Bagaimana Aiminn boleh berkenalan dengan Hakim dan bagaimana semua salah faham ini berlaku.

Tentu korang pun tertanya-tanya kan? Sediakan makanan dan minuman secukupnya. Aiminn juga sudah bersedia untuk dimaki para pembaca sekalian.

Baiklah, kita kembali kepada 5 tahun lepas dimana pada waktu itu Aiminn, Shae, Hakim dan Haazif berada di sekolah tinggi. Dah sedia? Ayuh!

---

5 tahun lepas .... (Aiminn bercerita)

Sejak aku break-up dengan Hakim, aku rasa aku buat keputusan yang betul. Hakim? Dia mesti gembira akhirnya dia bebas dari aku. Hahahaha. Aku akhirnya sedar hubungan kitaorang nieh hanya suka-suka. I don't get it, how can I fall in love with him? Aku deserve yang lebih kacak dari dia!

Hakim pernah bertanya kepada aku. Katanya,

"Minn, kau tak rasa aku someone special ke? Hari-hari aku tunggu kau lepas kita habis kelas tambahan, hari-hari jugak kita pergi kelas tambahan bersama. Kau takde rasa suka kat aku ke?" Hakim bertanya dengan nada ingin tahu.

"Tak. Aku tak suka kau, jangan risau. Kau someone special sebab kau kawan baik aku dan kita berdua nieh hidup berjiran sejak sekolah rendah lagi. Kau ingat kita dua nieh macam drama Korea ke nak fall in love bagai." Aku membalas.

Aku kembali berjalan seperti biasa menunju ke perpustakaan. Entahlah, aku rasa nak lepak sana waktu rehat nieh. Aku harap tak terjumpa lah dengan Hakim. Yelah, sejak aku dah takde apa-apa dengan Hakim, aku selalu doa tak terserempak dengan dia!

---

Imbas kembali peristiwa Minn minta putus dengan Hakim,

"Apa kau merepek nieh Minn?" Kau dah fikir betul-betul ke?" Hakim bertanya dengan nada terkejut
"Aku tak merepek Hakim. Aku dah fikir banyak kali. This is the best way for us! Lepas nieh dengan senang hati, kau boleh lah pergi ke Shae dan teruskan hubungan korang macam biasa!" Aku membalas.

Hakim tergamam memandang aku dan seraya berkata,

"Ohh, sebabkan Shae kau minta putus? Wehh dengar sini, Shae dengan aku ....." belum sempat Hakim menerangkan perihal sebenar, aku terus memotong kata-katanya,

"Enough with your lakonan Hakim! Aku tak sangka kau sanggup curang dengan aku? Kau pilih dia sedangkan we are in serious relationship!" Aku bersuara

Keadaan aku dan dia sangat kritikal dan tegang. A part of me tak nak percaya dengan apa yang berlaku sekarang nieh, and a part of me nak dengar penjelasan Hakim. Namun, aku tahu semua itu takkan dapat mengubah apa-apa!

Lelaki semua sama! First you're a cheater, always a cheater!

Hakim terdiam. Dengan hati yang pedih, aku terus pergi tinggalkan Hakim yang masih berdiri kaku, tidak mampu berkata apa.

Benarlah apa orang kata, diam itu setuju.

Sejak itu, kecoh satu sekolah mengenai berita kami. Aku dan Hakim secara rasminya tiada apa-apa hubungan.

---

Haa, mesti korang nak tahu puncanya kan? Baiklah, aku cerita sedikit bagaimana semua ini boleh terjadi. Untuk selanjutnya, korang boleh ikuti pada kisah Shae pulak, okay.

---

Semua salah faham ini berlaku berikutan peristiwa Shae terlanggar Hakim. Haa, sebelum korang tahu hubungan Shae dan Haazif, Shae ada menyimpan hati dan perasaan pada Hakim yang pada waktu itu, Hakim masih ada hubungan dengan aku.

Haa sambung,

Selepas peristiwa Shae terlanggar Hakim, lepas habis sesi persekolahan kami, sebelum pulang ke rumah, Shae sempat bercerita pada aku berkaitan kejadian dia hari ini.

Shae bagitau,

"Minn!!! Minn!! Dengar sini cerita aku!" Shae mula membuka cerita

"Haaa, apa dia? Jangan lambat-lambat. Aku kena balik cepat." aku membalas

"Guess what, aku terlanggar dengan sorang student lelaki, dia macam ada darah campuran orang Inggeris. wehh! Sumpah hensem doh!"

"Student lelaki? Siapa?" aku mula rasa tidak sedap hati

"Hakim! Wehh, aku terlanggar dia masa aku tergesa-gesa nak keluar dari bilik muzik. Waktu rehat tadi kan aku kat situ, tak sangka Hakim ada kat sana juga!" Shae berkata

Apa yang aku fikir benar-benar berlaku. Hakim? Shae? Bilik muzik? Apa yang diaorang buat kat sana? Fikiran aku menjadi keliru, perasaan aku bercampur-baur.

Aku rasa marah.

Aku rasa kecewa.

"Wehh Minn, kau rasa dia dah ada awek ke? Aku sebenarnya dah lama ada hati kat dia doh. Memandangkan kau dengan dia kawan baik dan hidup berjiran pulak, apa kata kau kirim salam kat dia?" Shae kembali meneruskan perbualan

Aku cuba menghadam situasi aku. Sumpah, aku benar-benar tak sangka Hakim akan berperangai seperti ini. Semua lelaki sama!

Seakan tidak dapat mengawal amarah, aku terus menjerit ke arah Shae,

"ENOUGH SHAE! Kau sedar tak, dia tu someone special pada aku! And now I know kenapa kau secara tiba-tiba rapat dengan aku. Back then, we're strangers. Aku tak kenal kau, kau tak kenal aku!"

"Haa, terima kasihlah Shae, kau nak dia kan? Aku boleh bagi. So that both of you can go to hell together!"

Belum sempat Shae menjelaskan perkara sebenarnya, aku terus melangkah pergi meninggalkan dia dan cepat-cepat menuju ke kelas Hakim. Aku tahu, benda nieh takkan berlaku kalau Hakim tak layan si Shae!

Dan apabila aku menemui Hakim, aku terus mengajak dia keluar dan berbincang mengenai aku dan dia. Apa-apa pun, aku nak putus dengan Hakim. Aku sangat kecewa dengan Shae dan Hakim.

Both of them, tikam belakang aku!

Dan disebabkan inilah, persahabatan Hakim dan Haazif hampir rosak. Pada waktu itu Hakim sendiri dapat tahu bahawa Haazif turut menaruh hati dan perasaan pada Shae.

Pertikaman lidah antara aku dan Hakim didengari oleh Haazif yang pada waktu itu ingin mengajaknya pulang bersama.

Kejadian 5 tahun lepas  hampir berjaya memusnahkan persahabatan aku, Shae, Haazif dan Hakim.

Dan semua itu disebabkan aku. Aku yang enggan mendengar penjelasan dari pihak Hakim dan juga Shae.

Tamat imbas kembali.

---

Haa macam mana? Mesi korang rasa geram kan dengan Aiminn? Haa, jangan risau, banyak lagi episode akan datang yang akan menyebabkan perasaan korang bercampur-baur.

So, itulah serba sedikit kisah Aiminn mengenai salah faham yang terjadi antara dia dan mereka bertiga.

Dan sebab inilah, Hakim berubah menjadi dingin terhadap Aiminn.

Aku harap korang ambil pengajaran. Jangan cepat percaya kata-kata orang. Dengar dan lepas tu kau sendiri tanya kepada mereka yang terlibat.

---




Tuesday 14 July 2020

YOU (episode 4)

Pertemuan aku dengan Minn secara tak sengaja membuatkan aku berada dalam situasi janggal

Aku syak nieh mesti rancangan Haazif dan Shae

Cehh, dengan harapan aku boleh berbaik semula dengan Minn?

HAHAHAHA! Dream on!

---

"Bro, the way she looks at you, semacam doh." Haazif kembali bersuara

Haah, after sesi pertemuan aku dengan Minn, tak lama lepastu aku tinggalkan dia yang berada dalam dunia sendiri. Serious doh, Shae panggil nama dia pun tak sedar!

"Nieh semua salah kau." sambil membelek pakaian tuxedo Haazif

"Apa pulak salah aku? Salahnya pada Shae, okay. Dia yang rancang semua nieh." Haazif membalas

Aku memandang muka Haazif seraya menarik nafas dalam-dalam

"Then, you should be honest with me, Zif. Patutnya kau cakap Minn akan ikut si Shae tu."

"Look, I'm sorry for this. Dah 5 tahun berlalu Kim. Kau masih tak mampu lupakan kes salah faham Minn tu? She's already changed. For god's sake, bro." Haazif meneruskan langkahnya ke arah Hakim lantas mengajak Hakim duduk di kerusi berhampiran

"Aku tahu, you're terribly hurt dengan apa yang Minn buat. Masa tu kita masih budak mentah. Umur pun tak matang. It's a normal thing ada salah faham in a relationship."

Hakim memandang ke arah Haazif. Lantas dia bersuara

"Dia tinggalkan aku dengan alasan tak sepatutnya bro. She's accusing me for not being a faithful person to her? Bila aku nak explain, she refused to listen. Kedegilan dia buatkan kita hampir gaduh besar Zif!"

Haazif memeluk erat Hakim. Dia cuba menenangkan sahabat baiknya itu. Benar, salah faham yang terjadi hampir memusnahkan friendship dia dan Hakim.

"Kau dah betul-betul move on dari dia? Dari Aiminn?"

"After semua benda yang berlaku Zif, aku dah tinggalkan segala kenangan aku dengan Minn hari aku fly ke UK tu. Which is 5 years ago. Yeahh, I'll already move on. I don't like to live in a past. Apa yang berlaku pada masa lalu itu semua dah jadi sejarah."

Tenang hati Haazif mendengar luahan hati Hakim. Apa yang penting dia nak Hakim bahagia dengan apa yang ada dengan dia sekarang. Mungkin ada salahnya jugak sebabkan Haazif masih ada menyimpan niat untuk melihat Hakim dan Aiminn berbaik dan kembali semula.

"Takpelah, biar masa yang akan menentukan. Aku percaya time will heal both of them." bisik Haazif di dalam hatinya

---

Selepas Haazif dan Shae selesai memilih pakaian nikah mereka, masing-masing menarik nafas lega.

Yelah wehh, lama gila kot dalam butik nieh!

Selepas itu, Shae mengajak mereka bertiga makan tengah hari bersama. Bak kata dia,

"Let's celebrate kepulangan Hakim from UK."

--

Usai mereka sampai di restoran berhampiran, Shae dan Haazif meninggalkan mereka berdua di tempat duduk berhampiran. Shae dan Haazif ditugaskan untuk memesan makanan dan minuman.

Meskipun agak kekok bagi Minn untuk mencari ruang keselesaan dan topik berbual dengan Hakim, dia hanya mampu diam seribu bahasa.

Manakala Hakim? Aku yakin dia tengah sumpah seranah si Haazif tu. Suka hati je ajak lunch date.

---

"So, how's your mum and dad? Sihat?" akhirnya Hakim memecahkan kesunyiaan antara mereka

Minn terkedu dengan pertanyaan Hakim

Sepatutnya dia yang mulakan topik perbualan mereka!

"Sihat. They're very well and fine. You should come and visit them." Minn membalas

"Sure." ringkas jawapan Hakim

"Hakim, boleh aku cakap sesuatu."

"Haa cakaplah. Kau ada mulut kan."

"It's about us."

Hakim tersentak. Lantas dia kembali memandang ke arah Minn. Before this, he was busy looking at his phone.

"Look Minn, about us are already ended 5 years ago. Takde apa yang perlu dikatakan lagi."

Minn memandang Hakim dengan tidak puas hati. Dia merasa sakit dengan kata-kata Hakim

"Ended? Ended macam tuje? Hakim are you freaking kidding me? WHY you said like that?" Minn tidak mampu menahan marah

"Minn, live on your own life. Hiduplah di alam realiti. Kisah kita dah tamat 5 tahun lepas. We're officially an exes. Kau dan aku adalah kisah lalu. Back then, yes we are in such a good relationship and you choose to end it!"

 Hakim masih lagi tenang. Dia tahu kalau bukan sekarang, akan datang dia juga perlu bersuara dan jujur dengan kata-katanya.

"It's 5 years ago Kim. Aku dah berubah. I'm not the same person. Takde peluang kedua untuk aku?"

"Nope."

Minn terdiam. Dia cuba menahan air matanya. Sungguh benar Hakim yang banyak berubah. Hakim yang dahulu bukanlah seorang yang dingin seperti yang ada di hadapannya ini.

"In your notebook. Your mum gave me your notebook. Itu confession jujur kau kan?" Minn bersuara

"Yes. Itu semua luahan perasaan aku terhadap kau Aiminn. Why you bother with that? Nak tanya aku kenapa baru nak kasi kau?"

"Haah. kau sendiri cakap, It was the moment when I saw you, I knew we will meet each other again."

"Aiminn dengar sini, aku bagi buku nota tu sebabnya aku tak jumpa satu sebab pun why should I kept this. Aku bagi sebab aku sendiri dah angkat kaki dari segala kenangan kita bersama. Kau yang masih tak berubah. Kau masih simpan harapan agar kita dapat bersama. Right now, kita bukan macam 5 tahun lepas. Bear it in your mind."

Minn tersentak. Kali ini dia benar-benar sudah menerima jawapan sebenar Hakim. Benar, dia yang masih menyimpan harapan agar dia dan Hakim kembali bersama.


"And one more thing, from now on let's be a professional. Aku masih anggap kau kawan baik aku. Yelah, lepas nieh mungkin kita akan kerap bertemu memandangkan event Haazif dan Shae. So, aku harap kau faham yang aku takde langsung terfikir nak kembali semula pada kau. Aku doakan you will find a new guy yang akan bahagiakan kau the way he is."

---

Haazif dan Shae kembali semula mendapatkan mereka. Mereka terpaksa menunggu lama berikutan ramai orang pada waktu makan tengah hari ini.

Namun, Haazif dan Shae seakan memahami situasi tegang antara Hakim dan Minn.

"Wehh, makanlah lauk nieh. Sorry doh lama pulak korang tunggu." Haazif bersuara

"Minn, sorry jugak. Ramai orang so aku dengan Haazif kena beratur panjang." Shae bersuara

Tiada jawapan berbalas dari pihak Hakim dan Minn. Masing-masing kembali fokus kepada makanan yang terhidang di hadapan mereka.

---

YOU (episode 3)

Aku terdiam. Aku tak percaya. Hakim ke depan aku? Aiminn bermonolog sendirian

Sepertinya suasana amat janggal bagi aku dan juga Hakim.

Memang benar, aku nak sangat jumpa dia.

Memang benar, half of me wanna begged for his forgiveness.

And the ugliest truth is, I'm not ready to see him again.

Ayuh, aku ceritakan pula kisah aku, Aimin. Selepas pulang dari rumah Hakim dan setelah ibu dia bagi buku nota bertajuk My own personal feelings to Aiminn.

---

Aku pulang ke rumah dengan kecewa. Rasa dunia aku dah gelap. I've lost him already! Benar saat itu aku tidak punya kekuatan untuk kembali meraih hati Hakim.

Aku tahu, dia pergi bersama dengan kekecewaan,

Aku tahu, dia pergi bersama dengan kelukaan,

Betapa kejamnya diri ini. Aku langsung tak ambil peluang untuk cuba perbaiki diri ini.

Yang aku tahu, semuanya salah Hakim! Aku percaya Hakim ada menaruh hati pada Shae! Sedangkan waktu itu Hakim setia dengan aku!

How I wish could turn back time now.  I am so sorry for my stupid mistakes!

---

Aku merebahkan badanku di atas katil seraya mengambil buku nota kepunyaan Hakim. Sungguh sebak hati ini. Dia hanya tinggalkan memori aku dan dia di dalam buku nota ini. Selama ini aku sangka Hakim hanyalah seorang lelaki yang gemar menyakat aku.

Aku tak sangka, dia ada masa untuk kumpul semua memori aku dan dia.

Muka surat hadapan bertulis,

"It was the moment when I saw you, I knew we will meet each other again."

Aku menutup mataku perlahan-lahan. Air mata tidak mampu aku menahan lagi.

Hakim, how can I find another guy outside there? You're very honest with yourself, your feelings and there's no doubt about it.

Aku menarik nafas dalam-dalam. How I wish I have strength to accept all this. Aku meneruskan lagi sesi pembacaan aku.

"Aiminn, ingat lagi masa kali pertama kita berjumpa? Kau tahu tak, I'm so excited dapat pindah kat tempat kau dan lagi-lagi kita nieh hidup berjiran! Yelah, before this, aku duduk bandar and aku jujur okay, aku tak pernah pun terfikir akan rapat dengan kau, Haazif dan Shae. Hehehe, thanks doh kau menceriakan hari aku. And you guys banyak bantu my mum to practice her Bahasa Melayu. Kalau tak, dia masih cakap Inggeris and for sure you guys akan gelabah with her British accent tu."

Aku ketawa kecil. Aku baru tahu yang dia pandai melawak. No wonder lah why Haazif sayang sangat dia sampaikan satu sekolah bagi gelaran gay-boy.

Tak, diaorang bukan gay. It was like brotherhood. Blood brother.

---

Lamunanku terhenti apabila Shae menyapa lembut bahuku. Aku terpana memandang ke arah Shae.

Lama sangat aku termenung sendirian. Dan Hakim masih ada disini. Masih disisi Haazif, tidak berganjak walaupun sedikit.

"Minn, I think you should go there. Your partner is beside him, right?" Shae bergurau sambil menunjuk jarinya ke arah Hakim yang berada di sebelah Haazif

"Hahaha, apa kau merepek Shae. It was a history. Back then, yeah I was his 'partner'. Right now, I'm just an 'ex'. So lama ke aku mengelamun sendiri?"

"Lama doh. Sumpah. Lepas kau terkejut jumpa Hakim, kau terdiam sendiri. Aku panggil-panggil kau, kau langsung tak dengar. Macam kau berada dalam dunia sendiri doh." Shae bersuara

---



 
your.story.teller Blogger Template by Ipietoon Blogger Template